hello! Im Sim Simi
===
My Blogzz Hamzy




Beruang Koala " marsupial "
                                                     

  • Koala adalah sejenis haiwan yang terdapat di Australia dan ia seakan mirip seekor beruang yang bersaiz kecil. 
  • Tahukah kawan-kawan nama saintifik si koala di sebut "Phascolarctos" yang membawa maksud beruang yang memiliki kantung berwarna kelabu dihadapan perutnya :) 


james-hager-baby-koala-bear-phascolarctos-cinereus-in-pouch-brisbane-queensland-australia-pacific

Kantung Beruang Koala........

  • Kebanyakan orang  beranggapan koala ini merupkan sejenis beruang.
  •  Namun sebenarnya, koala adalah tergolong dalam kumpulan marsupial iaitu  kumpulan haiwan yang memiliki kantungnya sendiri bagi melindungi anaknya. 
  • Antara jenis-jenis haiwan yang turut tersenarai dalam kumpulan ini adalah kangaru, wombat dan walabi.



  • Tahukah kawan-kawan koala yang terdapat di Australia tidak perlu mencari air untuk meneguk minum.
  • Ini kerana koala sering mendapat sumber air melalui daun eucalyptusyang dimakannya.
  • Dan nama koala itu sendiri membawa maksud haiwan yang tidak minum air.
  •  Tahukah kawan-kawan koala ini namanya di beri oleh kaum asli yang tinggal di negara itu.

cute_koalas_06

                                                                         Ciri 2 fizikal beruang koala...............................
  • Memiliki muka yang lembut dan berwarna kelabu.
  • Manakala disekitar perut, dada dan telinga koala pula berwarna putih.
  • Koala mempunyai kepala yang besar dan berbentuk bulat
  • Mempunyai telinga yang berbulu, hidung yang besar, sepasang kaki dan tangan yang kuat serta memiliki kuku yang tajam bagi tujuan mencengkam ketika melakukan aktiviti memanjat.
  • Ekor yang kecil namun ia tidak mudah kelihatan sebab ia tersembunyi disebalik bulunya yang tebal.


koala-41

  • Koala sebenarnya mempunyai pelbagai saiz dan warna, bergantung dimana kawasan Australia ia tinggal.
  •  Koala yang tinggal di kawasan selatan Australia berhadapan dengan cuaca yang lebih sejuk. 
  • Koala yang terdapat di sana berfizikal lebih besar dan berbulu kelabu jika dibandingakan yang menetap dikawasan utara Australia di mana ia lebih kecil dan bulunya berwarna agak keperangan.

The Koala
  • Tumbesaran koala biasanya boleh mencapai sehingga 24 hingga 34 inci.
  •  Manakala berat bagi seekor kola jantan  boleh mencapai antara 8 hingga 12 kilogram
  • . Bagi koala betina pula ialah dalam 6 hingga 11 kilogram.
  •  Jangka hayat bagi koala boleh di jangkakan antara 12 ke 15 tahun.

koala

                                                                 Hobi beruang koala..........................................
  • Kategori sebagai haiwan yang pemalas kerana kehidupanya sehariannya dihabiskan sepenuhnya hampir 20 jam dengan hanya tidur dan berehat di atas pokok sahaja.
  • Setiap koala mempunyai rumah pokoknya sendiri. Namun begitu pada kebiasaannya koala ini tidak akan mengunjungi rumah pokok koala yang lain kecuali ketika tiba musim mengawan iaitu antara bulan Disember hingga Mac.
  • Koala sering menggunakan tangan dan kakinya untuk bergerak dia atas tanah, namun begitu pergerakannya agak lambat. Kesukaran pergerakan koala ini yang sebegini menyebabkan mereka sering menjadi mangsa seperti anjing, musang serta risiko cedera atau maut akibat dilanggar kereta ketika melintas.


Axolotl- cute salamander
  • Axolotl (Ambystoma mexicanum) adalah dari jenis salamander yang menghabiskan masa hidupnya dalam bentuk larva.                                                                               
  • Binatang eksotik yang unik ini juga dikenali sebagai “Mexican Walking Fish” sebab ia kelihatan seperti ikan yang memiliki tangan dan kaki. Akan tetapi, sebenarnya Axolotl bukanlah sejenis ikan, melainkan sejenis salamander langka yang terdapat di Mexico City.
  • Panjang Axolotl boleh mencapai 30 cm, tetapi rata-rata ukurannya hanya 15 cm.
  •  Warna tubuhnya hitam atau coklat keperangan dan banyak juga yang albino dengan warna yang lucu misalnya merah muda, kelihatan sangat comel. 
  • Haiwan ini memiliki insang yang berada diluar tubuhnya.
  • Insang ini berada disamping kepalanya dan seakan-akan seperti tanduk. 
  • Orang-orang Timur sering menimbulkan fantasi yang dikaitkan pada suatu lagenda mengenai ular naga / ikan naga.




  • Axolotl dapat hidup hingga 10 - 15 tahun dan mampu membesar sepanjang 60cm. 
  • Bahkan pernah tertangkap seekor Axolotl raksasa di pedalaman Mexico yang berukuran 1.4 meter, penemuan itu benar-benar mengejutkan, tetapi setelah diteliti itu hanyalah keadaan abnormal yang jarang terjadi (gigantisme).




  • Axolotl hidup dalam air dan suka memakan ikan kecil, cacing, dan larva.
  •  Haiwan ini kadang-kadang muncul di permukaan air. 
  • Salamander jenis ini adalah salamander yang digolongkan di dalam Salamander jenis berbahaya, kerana dapat menyemburkan racun asin dari mulutnya, namun jika kelenjarnya di buang dengan cara yang betul maka haiwan ini dapat dijadikan peliharaan yang lucu.





|